http://server.myspace-shack.com/d20/921755e6iz9ol5vc.gif

Showing posts with label mifirafa sahaja. Show all posts
Showing posts with label mifirafa sahaja. Show all posts

Sunday, March 20, 2011

andainya lelaki tau..

asssalammualaikum..

entry kali nih aku buad sebab terbaca bende menarik kat fb tadik.. and ape yang akan korang bace at bawah nih pon aku copy jee.. mungkin ade yang da tau.. tapi tak sala berkongsi informasi kan.. :)
dan, tajuk entry nih pon gedik sangat laa.. apasal aku tetibe jiwang kekarat sangat nih, aku kan rawck.. :D
okehh, mari check it out ape kejadahnye ini.. 


        Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


        Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


          Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


         Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


          Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.


           Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik        untuk anda.


           Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


           Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


              Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


               Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


           Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


           Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .


 Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

p/s: andai awak tau yang saye bebetull sayang kat awak and perlukan awak sekarang kan bagus.. situasi skarang nih susa sangat, buadkan saye amat tertekan.. maaflah kalau sakitkan hati awak.. kalau awak berada kat tempat saya pon awak akan buad macam ape yang saya buad.. maaf sangat.. saya manusia yang lemah, selalu snagat buad silap, tapi saya tak mintak jadik camnih.. maaf sangat..
mood: keliru.. :(

okaylah, nak cerita ini jer... harap2 ape yang aku kongsi nih boleh jadik panduan korang.. mane tau kan, berguna bende nih.. masuk kat final exam soklan no seratus lapan puluh.. huhu
bubuy~ happy reading readers.. :)

Saturday, February 26, 2011

bejalan tak hengat!!

assalammualaikum



kisahnye begini, mase hari jumaat arituh aku nih balik-balik je dari kelas menggedik pulak taknak terus balik rumah sewa.. pegi bertandang kat hostel hitech 3 tuh, bilik kawan aku..
bual punye bual, layan pale dier menggong sikit.. haha tapi i looiikee.. :D
tak lame lepas tuh, kawan aku nih tertido akibat kepenatan yang berleluasa banyaknya.. alahh, patutnye tak penat pon c0z ko ade test je kan mase tuh, takde kelas pon.. haha
okay, lepas dia tertido dengan bangganye kat atas katil tuh aku pon ambik tahta dier ahh sambung berfesbuk.. tengah sesedap kambing im n komen sane sini dengan membe-membe fesbuk nih.. henpon gemuk kaler pink dier tuh melalak pulak. memula aku bebuat pekak jela an, tak penting kot.. haha jahat gila.. tapi disebabkan henpon dia memang tak berputus asa melalak, aku pon dengan hangen nyer kejut kawan aku nih..
tak lame lepas dia bertalipon dengan membenye tuh berlakulah perbualan seperti berikut antara kami..


lia: mira, kawan aku ajak karok kat diva..
aku: hah, diva? apekah tempat tu? (menipu)
lia: tak payah nak buat tak paham sangat lahh.. geget ko kang!!
aku: elehh, ingat takut.. so bile nak bergerak..
lia: sekarang lahh, ko cepat siap. aq nak besiap gak nih.
aku: aikk, takkan aku nak pegi dengan pakai baju kelas.. 
paling2 mesti nampak bajet sikit.. haha
lia: gedik ko, nah pakai jek baju aku.. jangan banyak bunyik..
aku: okay boshh!! yes, dapat jalan!!! haha

lepastu kitorang pon meneruskan aktiviti bejalan nih.. kami pegi diva, tempat karok tuhh.. best beb.. aku hepi gilaa melayan kepala bebudak nih.. masing-masing ingat aku sem 1.. awet mudaa siot.. haha 
jom tengok muke bajet aku dengan bebudak nih..

ini aku and dak lia..
bajet je kan muke aku..
haha

dengan dayah yang suare nye meletoop beb..
suka gila aku dengar suara dia..
comel macam orangnya..
:)

kami bertiga..
sayang korang lha bebudak..
haha macam aku tua sangat jek.. :p

haa ini terbaeek..
bes dol main binatang nih..
masukkan sehengget then kene urut..
suka!!

last skali, pic dengan semua..
bajet je an muka memasing..
lagi2 yang nak nonjol snook tuh.haha

pape pon aku memang hepi gilaa jalan dengan bebudak nih semua.. sporting habes mereka nih.. 
lagik satu, yang paling terbaekk bile sape tah name dia dak laki tuh karok lagu dolu2 zaman mak kita becintan cintun tuh.. kitorang teruss bangun then menari agogo n jadik backup singer.. maklum lahh suare aku tak sedap, jadi backup pon k lahhh tu.. haha 
okay, sampai sini jer cerita aku.. lain mase aku cerita lagik.. bubuy :)





Monday, February 14, 2011

tepu!!!

haha ape seyh... tepu gile nih kat rumah..
tak tau nak buad ape.. tapi hari ni pagi-pagi buta aku dah jalan-jalan kat velog orang.. jalan punye jalan, aku tersentap tengok 1 velog orang yang aku kenali nih.. haishh, sebijik velog aku bleh tak!!!  mendidih jugak darah nih, hilang semua ketenangan pagi yang aku hirup pagi tadik..  dala aku busan gila..

lagik 1, aku penat carik bahan untuk assignment tapi tak jumpa.. tu lah, lain kali buad lagi kerja last minute kan, padan muke kaw!! tekak ni pulak mengada tau, tetibe pulak dier nak makan mcd.. jauh lah encik tekak, aku malas nak kuar.. saba jelah oke sampai weekend mase balik kampung nanti aku singgah kejap  kat mcd larkin tuh.. :) *pujuk tekak sendirik.huhu
mau ini lha.. :(


oke, tak tau lah korang perasan ke tak.. tapi care dan bahase aku menulis sudah bertukar, seiring dengan sifat aku sekarang.. mau jadik matang dan memahami orang lain, sifat bebudak tu memang ade lagik dalam diri aku, tape pelan-pelan aku cube buang.. maklumlah, tak semua orang sukakan perangai kita n de best part is aku nih memang suke dengar n amik serious tentang ape yang orang cakap kat aku.. haa, tu yang selalu sangat sesakkan otak aku nih.. haha *bangun dari tidur lah mira, matang sikit!!! 

minggu nih aku belajar sesuatu,ape yek??


    oke, aku belajar yang tak semua orang buat baik dengan kita tu iklas sangat hati nye nak tolong kita. *ayat bebelit ngekk..
 orang-orang terbaik dalam hidup aku sememang nyer family aku.. dorang ade je tak kire lah berape banyak pon aku sakikan hati dorang..n aku sedar sesuatu, aku ade family yang hebat!!

selfish tu kadang-kadang penting untuk hidup nih.. kalau orang tak pedulikan engkau, engkau tak payah terhegeh-hegeh lagik boley??? *pesanan untuk diri sendirik.haha

jangan masuk campur hal orang lain selagi dorang tak masuk campur hal kaw.. paham!!!
jangan nak lembut hati sangat.. nanti kang kaw tak pasal-pasal di cop sebagai belagak baik n suke buad orang kesian dekat kaw..ambil pengajaran mira :)

okay, sampai sini jek entry aku nih.. tak larat nak taip lame-lame,tapi insyaallah aku akan rajin update lepas nih. aku tak mengharapkan orang bace blog aku, cukupla sekadar aku boleh lepas kan ape yang terpendam kat hati nih.. s0, kalau ade sesiapa yang terasa atau ape-apelah silelah jangan marah yer..
mood: layan lookbook.. smart!! teringin nak buad macam dorang tapi aku ta layak.. haha

p/s: belajar macam-macam perkara semalam.. tq cz aja aku tentang realiti hidup ni sebenarnya.. :)
fahmi, ily..